优秀作文‎ > ‎

国文作文

2014

AKU  SEBUAH  KOMPUTER                      Ng  Yunhui (3  K)

Aku  sebuah  komputer. Namaku  Dell. Aku  berwarna  hitam. Banyak  orang  suka  menggunakanku.

 Setelah  aku  dihasilkan, aku  dibawa  oleh  sebuah  lori  ke  sebuah  kedai komputer di Bukit Mertajam. Aku  dipamerkan  di  dalam  almari  kaca. Nama  kawan-kawanku  ialah  Pikom, Acer,  Intel  dan  lain-lain.

        Pada  suatu  hari, seorang  pemuda  datang  ke  kedaiku. Pemuda  itu  memandangku  dengan  air  muka  yang  riang. Pemuda  itu  amat  suka  akanku. Oleh  itu, dia  pun  membeliku.

        Tuanku  menggunakanku  untuk  menaip  surat,  menghantar  e-mel  dan  mengirim  kad  ucapan  kepada  kawan-kawannya. Biasanya  tuanku  menggunakanku  pada  waktu  malam.

       Kini, aku  sudah  berusia  dua  tahun. Badanku  masih  kelihatan  bersih  dan  baru. Tuanku  menjagaku  dengan  baik  bagai  menatang  minyak  yang  penuh. Aku  berasa  besar  hati. Aku  berharap  agar  aku  dapat  berkhidmat  untuk  tuanku  selama-lamanya.


PASAR  MALAM                         Mak  Xin  Wei(3  K)

Pada  setiap  hari  Khamis,  Julia  mengikut  ibunya  pergi  ke  pasar  malam. Mereka  berjalan  kaki  ke  pasar  malam. Mereka  hendak  membeli  sayur-sayuran, buah-buahan  dan  makanan  ringan.

       Mula-mula, mereka  membeli  ikan  di  gerai  ikan. Mereka  membeli  sekilogram  udang  dan  dua  ekor  ikan  tenggiri. Ibunya  tawar-menawar  harga  ikan  dengan  penjual.

      Kemudian, mereka  beredar  ke  gerai  sayur-sayuran. Sayur-sayuran  di  pasar  malam  itu  sungguh  segar. Ibunya  membeli  sayur-sayuran  seperti  kangkung,  timun,  cili,  lobak  dan  sawi. Harganya  amat  berpatutan.

       Ibunya  juga  membeli  alat  permainan  untuk  Julia. Mereka  pulang  ke  rumah  pada  pukul  10.00  malam. Julia  berasa  sangat  gembira.

 

   

TEMASYA  SUKAN                 Mandy  Cheah  Ka  Tian(3  K)

Pada  minggu  yang  lepas, sekolah  saya  telah  mengadakan  temasya  sukan. Ramai  murid  dan  ibu  bapa  hadir  pada  hari  itu. Murid-murid  memakai  baju  sukan  berwarna  mengikut  rumah  sukan  masing-masing.

         Temasya  sukan  sekolah  saya  bermula  pada  pukul  8.00  pagi. Acara  pertama  yang  diadakan  ialah  perbarisan. Acara-acara  lain  yang  diadakan  ialah  lumba  lari, lompat  jauh, tarik  tali  dan  lain-lain.

          Saya  mewakili  rumah  hijau. Para penonton  bersorak  ketika  acara-acara  sukan  berlangsung. Guru  Besar  menyampaikan  hadiah  kepada  pemenang-pemenang.

         Tepat  jam  2.00  petang, temasya  sukan  tahunan  pun  berakhir.  Semua  peserta  kelihatan  letih. Kami  pun  pulang  ke  rumah  dengan  perasaan  yang  gembira.



HARI  JADI  SAYA                        Lim  Yong  Le(3  K)      

Pada  hari  Sabtu  yang  lepas,  saya  telah  menyambut  hari  jadi  saya  yang  ke-9. Ibu  saya  menyediakan  berbagai-bagai  jenis  makanan  seperti  mi  goreng,  ayam  goreng,  kek,  sate  dan  sebagainya.

          Bapa  saya  membeli  sebiji  kek  yang  besar  untuk  saya. Abang  saya  pula  menghias  ruang  tamu  dengan  belon-belon  dan  reben-reben  yang  berwarna-warni.

          Saya  telah  mengundang  ramai  kawan  ke  rumah  saya. Mereka  membawa  hadiah  untuk  saya. Pada  mulanya, kawan-kawan  saya  menyanyikan  lagu  Selamat  Hari  Jadi. Selepas  itu, saya  meniup  api  lilin  dan  memotong  kek.

         Kami  makan  kek  sambil  berbual-bual. Kami  juga  bermain  pelbagai  jenis  permaianan. Suasana  pada  hari  itu  sungguh  meriah. Saya  berasa  amat  gembira  pada  hari  itu.



HOBI  JUSTIN                                   Jeslyn  Khoo( 3  I)

Hobi Justin ialah memancing ikan. Justin mulai memancing ikan sejak dia berumur sepuluh tahun. Pada masa itu, Justin sering mengikut bapanya pergi memancing ikan. Mereka selalu memancing di sungai atau di kolam.

          Pada masa lapang, Justin akan membawa joran, umpan dan sebuah bakul untuk memancing ikan di sebatang sungai yang berhampiran dengan rumahnya.

          Justin mempunyai kesabaran yang tinggi semasa memancing ikan. Ikan yang dipancing oleh Justin akan dimasukkan ke dalam bakul untuk dibawa pulang.

          Ibu Justin akan memasak ikan yang dipancingnya sebagai hidangan makan malam. Justin berharap dia dapat memancing ikan di laut apabila dewasa nanti.

 


KERACUNAN  MAKANAN             Lim  Qiu  Yan(3  I)  

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari sekolah. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi jalan.

          Syamil terus membeli air sirap dan karipap. Dia makan dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai itu yang kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijual di situ.

          Setiba di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.

          Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil. Beliau menasihati Syamil supaya berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman di tepi jalan.

 


MELAWAT  KE  TAMAN  REKREASI             Joseline(3  I)

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah melawat ke taman rekreasi yang tidak jauh dari rumah kami. Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah.

          Setiba di sana, kami meletakkan makanan dan minuman di sebuah pondok yang disediakan khas untuk pelancong yang melawat ke taman rekreasi.

          Saya dan adik bermain buaian dan papan gelongsor secara bergilir-gilir di taman itu. Ayah memancing di tepi sungai manakala ibu pula membaca surat khabar di pondok. Selepas puas bermain, kami menjamu selera bersama-sama sambil menikmati keindahan taman rekreasi itu.

          Sebelum pulang, kami bergotong-royong membersihkan taman rekreasi itu. Ayah dapat memancing dua ekor ikan yang besar pada hari itu. Kami berasa penat tetapi gembira.


KEGUNAAN  AIR                          Foo  Wan  Ying(3  I)

Air sangat penting kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita mendapat air dari sungai, tasik, kolam, perigi dan hujan.

          Kita mesti minum banyak air supaya badan kita sihat. Air juga diperlukan untuk mandi, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya.

          Pekebun pula menggunakan air untuk menyiram sayur-sayurannya. Selain itu, ahli bomba menggunakan air untuk memadamkan api.

          Oleh itu, kita patut berjimat cermat semasa menggunakan air.



PERMAINAN KEGEMARANKU      Irene Lee Xin Ying (5I)

            Setiap orang mempunyai permainan kegemaran masing- masing. Bukan mereka sahaja, saya pun ada permainan kegemaran saya sendiri.

            Badminton ialah permainan kegemaran saya kerana saya amat meminati permain tersohor Negara, siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei. Beliau ialah idola saya kerana beliau mendapat banyak pingat emas dan bergelar Juara Dunia.

            Saya juga mempunyai sebatang raket yang cukup bagus. Raket itu dihadiahi ibu saya. Raket itu berjenama Fleet dan berwarna biru. Saya sangat menyukai raket itu, dan sentiasa menggunakannya semasa bermain.

            Pada waktu lapang, saya gemar bermain bersama kawan-kawan. Kadangkala saya juga bermain badminton dengan bapa saya di gelanggang badminton. Kami bermain bersungguh-sungguh sehingga berpeluh.

            Oleh sebab saya minat bermain badminton, bapa saya mengajak seorang pemain badminton yang handal iaitu kawan bapa saya sendiri, untuk melatih saya.Selepas berlatih selama enam bulan, teknik permain badminton saya semakin bagus .Saya juga dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan badminton antara sekolah dan mendapat gelaran juara.

            Akhir sekali, saya harap suatu hari nanti, saya akan menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei untuk mewakili negara dalam Sukan Olinpik, Sukan Komanwel dan Sukan SEA.

                                  

                     PERSIAPAN TAHUN BARU CINA             Chuah Yi Hong(5I)

   Dua minggu lagi perayaan Tahun Baru Cina akan tiba. Kaum Cina sibuk membuat persediaan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Begitu juga dengan keluarga saya.

Sebelum itu, ayah saya telah mengagih-agihkan tugas agar kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan bersama-sama semua ahli keluarga seperti kata pepatah, berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Semua ahli keluarga membuat kerja masing-masing dengan penuh bersemangat dan bertanggungjawab untuk memastikan rumah kami bersih dan perayaan kali ini meriah sekali.

Seminggu sebelum perayaan menjelma, ibu saya menjahit dan memasang langsir baharu yang berwarna-warni pada semua tingkap. Ayah saya pula mengecat pintu pagar rumah dan kekisi tingkap supaya kelihatan kemas dan cantik. Saya dan adik menghias rumah dengan jambangan bunga dan alat-alat perhiasan rumah yang baru dibeli. Kami menggantungkan kain merah dan tanglung merah pada pintu masuk dan ruang tamu sebagai tanda bertuah untuk tahun baru. Selain daripada itu, kami juga menulis kata-kata yang baik dengan tulisan kaligrafi Cina pada kertas merah. Kata-kata itu kemudian dilekatkan pada pintu masuk sebagai hiasan dan tanda bertuah.

Selain itu, ibu bapa juga membawa kami sekeluarga ke sebuah pasar raya yang berhampiran dengan rumah kami untuk membeli-belah. Bapa saya telah membeli dua kotak limau “Loh Kam”, minuman berkotak dan makanan ringan. Ibu saya membeli sepasang kasut dan tiga pasang pakaian yang baru untuk saya pakai semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ibu juga membeli sehelai pakaian tradisional, iaitu ceongsam yang berwarna merah untuk dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Ibu saya juga membuat pelbagai jenis kek, kuih dan biskut. Antaranya ialah kuih bakul, kuih bahulu, kuih loyang, kuih siput, kek coklat, muruku dan sebagainya. Adik dan saya berasa sungguh gembira kerana dapat belajar cara-cara membuat kuih dan biskut daripada ibu. Kami juga memberikan kuih-muih kepada saudara-mara dan jiran-jiran kami.

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami menyambut Tahun Baru Cina dengan meriah. Ramai saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan yang datang ke rumah kami. Kami sekeluarga dan saudara-mara juga berkumpul untuk makan malam bersama. Saya berasa seronok kerana dapat berkumpul dengan saudara-mara dan kawan-kawan. Inilah peluang bagi kami untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan.

           

PENGALAMAN  MENYERTAI  PERTANDINGAN  MELUKIS               

Ang I Yi( 5I)

            Saya amat suka melukis. Saya minat melukis sejak kecil lagi dan sering melukis pada dinding atau meja di rumah saya. Ibu bapa menyedari minat saya dan sentiasa menggalakkan saya untuk menyertai pertandingan melukis di peringkat sekolah dan luar sekolah. Namun, saya tidak berani untuk pergi menyertai pertandingan-pertandingan tersebut.

            Pada suatu hari, semasa saya dan kawan baik saya bersiar-siar di sekeliling sekolah, kami ternampak ada satu pengumuman ditampal pada papan kenyataan. Rupa-rupanya itulah pengumuman tentang suatu pertandingan melukis peringkat sekolah. Kawan baik saya itu memberi dorongan kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Akhirnya, dengan mencuba nasib sahaja, saya pun menyertai pertandingan ini.

            Saya memberitahu ibu bapa tentang perkara ini. Mereka amat gembira dan menyokong saya dengan kuat. Mereka pula berjanji kepada saya bahawa mereka akan menemani saya pada hari pertandingan dan memberikan kata-kata semangat kepada saya. Oleh sebab itu, saya berazam melukis dengan baik supaya tidak menghampakan ibu bapa saya.

            Pada hari pertandingan, kelihatan ada banyak peserta berkumpul di dewan sekolah. Mereka melukis dengan baik. Saya pula tidak terkecuali. Saya berharap dapat menghasilkan lukisan yang terbaik. Akhirnya, saya selesai melukis dalam masa yang ditetapkan. Ibu bapa dan juga saya menunggu keputusan hakim dengan sabar.

            Sejam kemudian, pengacara majlis mengumumkan keputusan pertandingan ini. Jantung saya berdebar-debar. Akhirnya, nama saya diumumkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Saya terpaku kerana tidak pernah menyangka dapat menjuarai pertandingan ini. Kemenangan yang saya peroleh ini umpama mimpi yang manis bagi saya.

Ibu bapa turut berbangga terhadap kemenangan saya ini. Saya berhatap agar dapat berjaya dalam peringkat daerah pula.

 

TULIS SEBUAH CERITA YANG PERNAH KAMU BACA                       

Ng Qiao Fang 6K

            Saya mempunyai sebuah buku cerita. Buku itu hadiah daripada bapa saya. Tajuk buku itu ialah “Kapak Besi Kapak Emas”. Ceritanya begini.

            Ali seorang pemuda yang amat rajin bekerja. Pada suatu hari, dia hendak menebang pokok yang berada di tepi tasik. Kononnya, di tasik. Dia berasa sangat cemas tetapi dia tidak bertindak terburu-buru. Dia tidak mahu membahayakan dirinya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua.

            Orang tua itu memberitahunya tentang dia boleh menolong Ali. Kemudian, dia timbul dengan membawa sebilah kapak emas dan bertanya Ali kapak itu adakah dia punya. Ali menjawab bukan.

            Orang tua itu menyelam semula lalu timbul dengan dua bilah kapak, iaitu sebilah kapak emas dan sebilah kapak besi. Apabila, Ali ternampak kapak besi, dia mengatakan bahawa kapak besi itu ialah kapaknya. Orang tua itu memberi kedua-dua kapak kepada Ali.

            Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada orang tua itu. Selepas itu, Ali pun berjalan pulang ke rumahnya. Dia berasa sangat gembira.

            Begitulah cerita yang bertajuk “Kapak Besi Kapak Emas”. Oleh itu, kita mesti jujur kerana jika kita tidak jujur, kita akan rugi.  

 

 

KAWAN TERBAIK SAYA                           Khor Kai Zhe(6K)

            Rakan terbaik saya ialah Ng Wei Bin. Dia berumur 12 tahun. Dia sangat pandai dan segak. Dia seorang yang baik hati dan berdisiplin.

            Dia sangat pandai dalam pelajaran.Apabila guru sedang mengajar, dia akan membuat nota lau membaca beberapa kali untuk mengingatkan pengajaran guru. Dia juga selalu mengulang kaji pada masa lapang. Oleh itu, dia selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas ketika ujian sekolah. Setiap guru yang pernah mengajar juga memujinya.

            Dia juga sangat baik hati. Apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, dia akan mengajar saya dan tidak mengharapkan balasan. Bukan sahaja dalam pelajaran, dia juga meminjamkan duit kepada kawan-kawannya apabila mereka tidak membawa duit ke sekolah. Dia juga selalu menolong guru menghantar buku-buku ke bilik guru.

            Dia bukan sahaja pandai dalam pelajaran, bahkan juga aktif dalam sukan. Dia telah dipilih sebagai pemain badminton sekolah dan mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan badminton peringkat daerah. Di samping itu, dia juga pandai dalam bercerita.

            Saya berharap persahabatan kami akan terus kekal.

 

KEPENTINGAN PERPADUAN RAKYAT DI MALAYSIA          Lui Zhi Zin(6I) 

           Dalam negara Malaysia kita, terdapat pelbagai kaum di negara Malaysia ini. Oleh itu, perpaduan kaum di negara Malaysia sungguh penting kepada semua rakyat dan kaum di Malaysia. Jika tidak, perselisihan faham akan terhasil antara kaum di Malaysia.

           Pada masa kini di Malaysia ,  kita boleh lihat pelbagai kaum di Malaysia saling membantu di merata-rata tempat. Selain itu, kita juga dapat melihat mereka saling memberikan makanan yang istimewa kaum mereka kepada kawan mereka yang berlainan kaum. Suasana yang sopan dan ikhlas ini sangat berharga.

           Oleh sebab rakyat di negara kita saling memahami dan saling berhubung, rakyat di negara kita dapat hidup bersama-sama dengan damai. Inilah faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum. Oleh sebab itu, semua rakyat dan kaum di Malaysia dapat berhidup bersama-sama dari tahun negara Malaysia merdeka hingga kini.    

           Malangnya, masih terdapat beberapa orang pelampau yang jahat suka menyentuh isu-isu sensitif yang merangsang kaum-kaum di Malaysia. Ini boleh mengakibatkan rakyat yang berbeza kaum saling berdendam. Mujurlah, rakyat Malaysia yang berbeza kaum ini dapat menghindari melalui pembincangan yang  rasional.

           Untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia, kerajaan Malaysia boleh mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan, mereka juga boleh memahami adat resam pelbagai kaum. Dalam pada itu, rakyat  yang berbeza kaum di Malaysia bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan, mereka juga boleh memahami adat resam pelbagai kaum. Ini adalah merupakan ibarat pepatah  “berenang sambil minum air dengan baik”.

           Kita juga seboleh-bolehnya tidak melanggar perkara yang dilarang oleh kaum lain. Ini bukan sahaja boleh mencegah perkara yang tidak menyenangkan berlaku malah  hubungan antara pelbagai kaum mungkin menjadi teruk. Kita juga mesti mengelakkan daripada berkata kata-kata yang sensitif apabila berbual-bual dengan kaum lain.

           Kesimpulannya, untuk mempertahankan suasana yang damai di negara Malaysia, kita harus saling memahami, membantu dan mengeratkan hubungan antara semua kaum di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mempertahankan suasana yang damai di Malaysia.

 

 

LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SJKC KIM SEN                

 Jaw Xinyi(6K)

Laporan Temasya Sukan Tahunan SJK(C)Kim Sen

            Pada 21 Jun 2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kim Sen telah mengadakan Sukan Tahunan ke-22. Sukan Tahunan tersebut bermula pada pukul tujuh pagi. Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari itu. Murid-murid yang mengambil bahagian  memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan memberi sokongan bagi memeriahkan lagi temasya sukan ini.

            Acara dimulakan dengan perasmian yang dibuat oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau meminta semua murid memperjuangkan semangat kesukanan demi melancarkan perjalanan temasya sukan kali ini.

            Sebaik-baik sahaja sukan tahunan dirasmikan, acara larian 200m dan 100m dijalankan. Acara larian berganti-ganti menyusul selepas itu. Acara-acara seperti lompat pangar, melontar peluru dan sebagainya juga dipertandingkan. Acara sukaneka pula merangkumi penyertaan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa.

            Pada pukul 9.30 pula, acara-acara berhenti sebentar dan para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian, pancaragam sekolah,  persembahan memalu gendang dan sebagainya. Acara-acara disambung semula pada pukul 10.45 pagi.

            Pada pukul 12.00 tengah hari, acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak ialah acara penyampaian hadiah. Olahragawan dalam temasya sukan kali ini diberi kepada Tan Kok Jian manakala olahragawati jatuh kepada Siew Ling. Dengan itu juga, Rumah Kuning diumumkan sebagai pemenang bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan.

 

Disediakan oleh,                                                                                   21 JULAI 2014

Jaws

(JAW XINYI)

Setiausaha Kelab Olahraga,

SJK(C)Kim Sen

 

                                                                                                           

PERMAINAN SUKAN YANG SAYA SUKAI 

 Khor Jia Wynn (6I)                                                                  

            Pada zaman sekarang yang bertamadun, semua orang pasti akan mempunyai sesuatu permainan sukan yang diminati oleh mereka. Begitu juga dengan diri saya. Terdapat pelbagai jenis permainan sukan seperti bola keranjang, badminton, bola sepak, hoki dan lain-lain lagi. Antara permainan-permainan sukan tersebut, permainan badminton merupakan pilihan saya.

            Sejak kecil lagi, saya telah ikut jejak abang saya bermain badminton di luar rumah saya. Abang saya pun mengajar saya cara untuk bermain badminton. Dia mengajar saya perkara asas yang harus saya kuasai dalam permainan badminton. Contohnya cara-cara memegang raket, membuat tangkisan pertama dan menangkis bulu tangkis dengan betul dan tepat. Lama-kelamaan, prestasi saya bermain makin hari makin meningkat.

            Di sekolah, saya akan bermain badminton bersama kawan-kawan saya. Pada suatu hari, sedang saya bermain badminton dengan gembira, Cikgu Zainab, ketua kelab badminton sekolah saya ternampak saya, beliau pun mencadangkan agar saya menyertai kelab badminton sekolah. Saya bersetuju dengan perasaan yang gembira. Saya juga terpilih untuk menjadi wakil sekolah dalam berbagai-bagai pertandingan badminton. Dalam pertandingan-pertandingan itu, saya selalu mendapat tempat pertama. Abang saya juga selalu memberikan dorongan kepada saya dan menggalakkan saya supaya meneruskan usaha.

            Malangnya, abang saya tidak dapat meneruskan tugasnya kerana pada tahun yang lalu, abang saya telah pergi ke luar negara untuk meneruskan pelajarannya. Oleh itu, bapa saya telah membawa saya ke gelanggang badminton untuk bermain badminton. Di sana, seorang jurulatih membetulkan kesalahan saya. Dia seorang jurulatih yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Saya akan pergi ke gelanggang badminton itu untuk berlatih bermain badminton sebanyak lima kali seminggu. Saya selalu mendengar segala nasihat jurulatih.

            Sebenarnya, permainan sukan ini mendatangkan banyak faedah dan kebaikan. Semasa saya bermain badminton, saya sedang bersenam. Bersenam akan mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kita. Jika bersenam, badan kita akan cergas. Bak kata pepatah “badan cergas, otak cerdas” . Selain itu, bermain badminton juga boleh menenangkan fikiran kita. Contohnya, setelah sibuk membuat kerja sekolah, baiklah kalau kita bermain badminton. Dengan cara ini, kita dapat melupakan kerja sekolah secara sementara dan menenangkan fikiran kita yang kusut dengan pembelejaran.

            Kesimpulannya, semua orang patutlah mempunyai permainan sukan yang sukai kerana bermain permainan sukan itu dapat menceriakan hidup seseorang dan mendatangkan faedah serta kebahagiaan kepada orang itu. Saya berharap bahawa melalui permainan sukan ini, saya akan menjadi sehandal dengan jaguh badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei.

 

 

 

 

LAPORAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH        

 Hew En Qi(6I)

Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen

            Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Tahun 2013 telah disempurnakan pada Hari Jumaat, 7 November 2013  yang lalu.

            Sambutan ini dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) , para guru dan murid-murid. Sambutan ini adalah salah satu acara tahunan sekolah yang penting. Ia menjadi fokus utama bagi setiap warga sekolah kerana pada hari ini mereka akan mendengar laporan penuh oleh  Guru Besar perkembangan sekolah sepanjang tahun.

            Murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan  kokurikulum telah tampil ke kelas untuk menerima hadiah dan sijil penghargaan. Dalam sambutan ini, dua orang murid dipiih sebagai Tokoh Murid Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen 2013. Goh Jolin telah dipilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang Akademik manakala Nah Wan Jun dipilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang Kokurikulum.

            Selepas ucapan penyampaian hadiah akhir, hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan drama. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

            Majlis tersebut tamat pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis ini telah berlansung dengan lancar dan meriah.

 

Disediakan oleh,                                                                               11 NOVEMBER 2013

Angeline

( HEW EN QI )

Ketua Pengawas,

Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen

 

 

 



2012

Chin Han Shen 6I

Pada cuti sekolah yang lalu , keluarga anda telah bercuti di kampung. Ceritakan pengalaman anda sewaktu bercuti di kampung.

       Pada cuti sekolah yang lalu , kami sekeluarga telah bercuti di kampung nenek.Kampung nenek ialah sebuah kampung yang terletak di Selangor.

       Setelah dua jam perjalanan,kami selamat tiba di kampung nenek.Kampung nenek teletak di tepi pantai. Sepanjang persisiran pantai terdamparnya beberapa buah sampan. Nenek dan bapa saudara menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.

       Setelah bertanyakan khabar dan bersalaman dengan mereka, kami menjamu selera dengan keropok ikan dan cucur udang sebagai alas perut. Walaupun adanya sedikit bau hanyir ,namun keropok ikan yang rangup itu betul-betul membuka selera kami . Kemudian , bapa saudara membawa kami bersiar-siar di tepi pantai.

       Pasir pantai bukan sahaja putih malah halus . Kami tidak sabar-sabar membina istana pasir dan mencari kulit siput di persisiran pantai . Kami juga berpeluang bermandi-manda di laut kerana ketika itu ombak beralun-alun .

       Sebelum azan berkumandang , kelihatan sampan semakin mendekati persisiran pantai . Para nelayan yang turun dari sampan sibuk melabuhkan sampan masing-masing . Mereka menjinjing hasil tangkapan seraya berjalan menuju ke rumah . Pemandangan kepulangan suasana ketika itu sangat menyeronokkan .

       Pada hari kedua , sebelum fajar menyinsing , kami bersedia pulang ke rumah . Pengalaman bercuti di kampung nenek meninggalkan kenangan yang manis kepada kami .  

 

  

 Han Shen 6I

Cara-cara berjimat –cermat menggunakan air

 

       Air ialah sumber alam yang amat penting dalam kehidupan seharian kita .Manusia menggunakan air untuk pembersihan , minuman , hiburan dan sebagainya . Oleh itu , kita mesti berjimat-cermat menggunakan air .

       Memang tidak dapat dinafikan , menakung air di dalam tangki adalah satu cara yang berkesan untuk berjimat-cermat ketika menggunakan air .Di bilik air , kita harus sentiasa menutup kepada paip jika air di dalam tangki sudah penuh . Jangan biarkan air melimpah keluar .

       Lazimnya , untuk berjimat-cermat menggunakan air , semua orang dilarang memancutkan air sewaktu mencuci kereta atau mencuci lantai .Sebaliknya , kita harus menggunakan baldi untuk mencedok air di dalam  tangki seraya menjalani kerja-kerja pembersihan di rumah . Dalam pada itu , kanak-kanak juga tidak dibenarkan bermain air .

       Sememangnya , orang yang berhemah tinggi akan berjimat-cermat menggunakan air . Selepas membilas pakaian , airnya boleh digunakan untuk mencuci longkang . Selain itu , kita boleh menadah air hujan untuk menyiram pokok .

       Pada keseluruhannya , berjimat-cermat menggunakan air adalah satu amalan yang mulia . Kita harus mengamalkan amalan yang baik ini bukan sahaja untuk kebaikan sendiri malah juga dapat menjamin kestabilan ekonomi negara .

 


LeeYan Jun 6I

Sebuah Buku Cerita Yang Pernah Saya Baca

Saya pernah membaca sebuah buku cerita yang bertajuk ‘Budak yang degil’ .Buku ini berkisar tentang Ali yang suka melastik burung.Pada setiap hari minggu,Ali akan pergi ke pinggir hutan bersama-sama kawannya.

Pada suatu pagi,dia bersama kawan-kawannya bersiap sedia untuk melastik burung.Setibanya di sebatang pokok,Ali ternampak sebuah sarang burung di atas pokok.Dia memanjat pokok tersebut untuk mengambil anak burung itu.

Kawan-kawannya tidak bersutuju akan tindakan Ali dan menasihati Ali agar tidak mmemanjat pokok itu kerana dahan pokok itu masih basah dan licin.Ali juga teringat pesanan ibu supaya tidak memanjat pokok.Nasihat ibunya bagai mencurah air ke dalam keladi.Dia tidak peduli kerana dia bulat hati untuk mengambil anak burung itu.

Tiba-tiba dahan pokok yang dipijak oleh Ali itu telah patah .Ali terjatuh dari pokok itu.Dia tidak mengetahui bahawa dahan pokok itu telah reput.Dia pengsan dan dihantar oleh kawan-kawannya ke hospital .

Ali dibawa ke hospital dengan segera.Ibu bapa Ali amat risau akan keadaan anak kesayangan itu.Doktor memberitahu ibu bapa Ali telah patah dan terpaksa dirawat di hospital selama sebulan.

Sejak peristiwa itu,dia berjanji akan mendengar nasihat ibunya.Air mata Ali berlinangan mengenangkan nasibnya yang malang.

       

Vanness Soon Chuan Zi  6K

 Pengalaman Menyertai Pertandingan

        Saya suka melukis. Saya minat melukis sejak kecil lagi. Ibu dan ayah sudah menyedari minat saya yang suka melukis.

       Pada suatu hari, saya terbaca pengumuman pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya pun mencuba nasib saya untuk menyertai pertandingan itu. Banyak peserta yang menyertai pertandingan itu.

       Ibu dan ayah menyokong kuat minat saya. Mereka menemani saya ketika pertandingan diadakan. Mereka memberikan kata-kata semangat untuk saya berjaya. Saya berazam untuk melukis dengan baik.

       Semasa perkhemahan, saya melukis dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Saya berharap saya dapat menghasilkan lukisan yang cantik pada hari itu. Akhirnya, saya selesai melukis mengikut masa yang ditetapkan. Saya menunggu dengan penuh sabar keputusan daripada hakim pertandingan. Jantung saya berdebar-debar semasa menunggu keputusan.

       Tidak lama kemudian, pengacara majlis pun mengumumkan keputusan pertandingan. Nama saya diumumkan sebagai johan dalam pertandingan itu. Saya berasa bermimpi menjadi johan dalam pertandingan itu.

       Ibu dan bapa saya turut bersa bangga akan kejayaan saya. Saya berharap saya akan berjaya pertandingan di peringkat daerah dan negeri pula.

 

                                                



Tan  Sun  Hao  6K

Ketua  Kelas

     Setiap  kelas  di  sekolah  saya  pasti  memiliki  ketua   kelas  masing-masing.  Ketua  kelas  ialah  murid  yang  dilantik  oleh  rakan  sekelas  atau  guru  darjah  secara  undian.   Tugasan  yang  perlu  ketua  kelas  buat  termasuk  menghantar  buku  latihan  murid-murid  ke  tempat  duduk  guru  berkenaan,  mengawasi  tatatertib  murid-murid  semasa  guru  tidak  berada  di  dalam  kelas,  mengekalkan  kebersihan  kelas  dan  sebagainya.

     Kelas  saya  mempunyai  seorang  ketua  kelas  yang  bernama  Bor  Neng  Ann.  Ketua  kelas  saya  merupakan  anak  sulung  dalam  keluarganya  dan  dilahirkan  pada  tanggal  16  Mei  2000.  Ketua  kelas  saya  kini  telah  berusia  12 tahun.  Neng  Ann  agak  tampan  orangnya  dan  disenangi  orang  ramai.  Mukanya  berbentuk  bujur  sirih,  matanya  bulat  bagaikan  mutiara, hidungnya  mancung  dan  berlesung  pipit.  Senyuman  manis  juga  sentiasa  terukir  pada  wajahnya.

     Neng  Ann  ialah  ketua  kelas  yang  bertanggungjawab  di  sekolah.  Dia  akan  mengawal  disiplin  jika  guru  tiada  di  dalam  bilik  darjah.  Dia  juga  tidak  jemu-jemu  memberikan  tunjuk  ajar  kepada  murid-murid  yang  lemah  dalam  pelajaran.

     Selain  itu,  Neng  Nnn seorang  ketua  kelas  yang  adil.  Dia  tidak  akan  berat  sebelah  pada  sesiapa  murid  supaya  tidak  dibenci  orang.  Dia  sentiasa  bertutur  dengan  sopan  di  hadapan  guru-guru  dan  murid-murid  untuk  menjadi  contoh  murid-murid.  Tambahan  lagi,  Neng  Ann  juga  memupuk  semangat  bekerjasama  semasa  menjalankan  aktiviti  persatuan  bersama  murid-murid.

     Teringat  kembali  peristiwa  yang  berlaku  dua  tahun  yang  lalu,  saya  mengayuh  basikal  di  taman  setelah  menyiapkan  kerja  sekolah  yang  diberikan  oleh  guru.  Tiba-tiba,  basikal  saya  tidak  dapat  dikawal.  Basikal  saya  terlanggar  sebatang  pokok  dan  saya  terjatuh  bersama  basikal.  Kaki  saya  berdarah  dan  mengerang  kesakitan.  Mujurlah  pada  ketika  itu,  Neng  Ann  yang  bertopi  ternampak  dan  segera  tampil  untuk  memapah  saya.  Saya  berasa  terharu  dan  menganggap  dia  sebagai  pujaan  saya  sejak  hari  itu. 

     Saya  amat  berlangkah  kanan  dan  bersyukur  kerana  telah  memilih  Neng  Ann  sebagai  ketua  kelas.  Saya  akan  membalas  jasa  pada  masa  depan  dan  ingat  akan  bantuan  dia  kepada  saya  selagi  hayat  di  kandung  badan.

                                                                                             

  Beh Hui Ying 6K

 Kepentingan Bersukan Dalam Kehidupan Kita

 Tubuh badan yang sihat amat penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat dapat membantu otak kita menjadi cerdas. Bersukan sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang dewasa ataupun kanak-kanak.

Bersukan dapat menjamin kehidupan yang sihat kerana kita akan berpeluh semasa bersukan. Haba serta sisa-sisa buangan akan keluar dari badan semasa proses berpeluh berlaku.

Golongan warga tua sering berhadapan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi , diatebes, sakit jantung dan sebagainya. Masalah ini dapat dikurangkan jika mereka menjadikan bersukan sebagai rutin dalam kehidupan harian mereka. 

Bersenam juga sangat penting bagi para pelajar. Orang yang sering bersukan akan sentiasa tangkas dan cergas. Apabila badan kita sihat dan otak kita cerdas, sudah pasti kita dapat berfikir dengan baik dan belajar dengan mudah.

Selain itu, bersukan juga dapat menghindarkan seseorang itu daripada terlibat dalam masalah sosial seperti pengambilan dadah dan pil-pil yang diharamkan. Ini disebabkan masa yang terluang telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan.

Memandangkan bersukan dapat menjamin hidup kita sihat , wajarlah kita menjadikan bersukan sebagai aktiviti harian kita.

 

Chew Yen Mei 5K

Cara-cara menjaga kesihatan

       Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang wajar kita syukuri dan pelihara dengan sebaik mungkin . Menjaga kesihatan ialah tanggungjawab setiap individu . Pelbagai cara dapat dilakukan untuk menjaga kesihatan .

       Masalah kesihatan seseorang berkait rapat dengan amalan pemakanan . Sebaik-baiknya , setiap makanan yang diambil perlu mengandungi zat dan vitamin yang dapat menyihatkan badan . Setiap hari , kita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan .

       Menjaga kebersihan dalam semua aspek amatlah penting supaya kita dapat hidup ceria dan terhindar daripada sebarang penyakit . Kebersihan diri dan tempat tinggal menjadikan kita dalam keasaan selasa . Kebersihan makanan juga dapat menjamin kehidupan yang sempurna .

       Selain itu , kita juga perlu bersenam untuk menyihatkan badan .Apabila bersenam , badan kita akan mengeluarkan peluh . Bersenam boleh dilakukan mengikut umur seseorang supaya selamat dan berkesan .

       Badan kita perlu berehat setalah bekerja keras sepanjang hari . Kita perlu tidur sekurang - kurangnya lapan jam sehari supaya badan selalu sihat .

       Sesungguhnya , menjaga kesihatan amat penting . Badan yang sihat menjadikan otak cerdas . Jagalah kesihatan kita untuk kesejahteraan hidup .

                                                                                                                                          

                                                                                                                                     



Ang Zhee Ling 5K

Kamu telah melawat satu tempat yang menarik. Ceritakan pengalaman kamu.

     Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga melawat Tanah Tinggi Cameron. Tanah Tinggi Cameron merupakan satu tempat peranginan yang menarik di negeri Pahang . Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta bapa.

        Setelah tiga jam perjalanan, kami melalui jalan bukit yang bengkak-bengkok, kami pun tiba di puncak bukit. Suasana puncak sungguh tenang, udaranya nyaman dan terdapat pelbagai jenis flora. Bung-bunga berkembang-mekar di persekitaran puncak bukit  sangat indah.

        Mula-mula, pemandu pelancong membawa kami melawat ladang teh, kelihatan pekerja-pekerja sedang meemtik dedaun teh. Pengurus ladang teh memberitahu kami cara-cara membuat teh.

        Selepas melawat ladang teh, kami beredar ke kebun sayur. Sayur-sayuran yang ditanam di sana subur dan segar. Ibu membeli kubis, tomato, kacang bendi dan sebungkus cili.

       Dari kebun sayur, kami pergi ke taman kaktus. Saya berasa kagum apabila menyaksikan beraneka jenis kaktus di sana. Ada yang berbentuk bulat, ada yang berbentuk binatang dan sebagainya. Kami juga mengambil gambar di sana.

        Menjelang senja, kami bertolak pulang. Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron betul-betul meninggalkan kenangan yang manis kepada saya.

 


Chan Ling Feng 6K

“Kalautidakdipecahkanruyungnya,manakan dapat sagunya”


Amieramerupakanpelajartingkatanlima. Diamerupakananaktunggaldantinggalbersamaibunyasetelahkematianayahnyasejakdiaberumurenamtahunlagi.

Sejakkematianayahnya, kehidupanAmierasangatdaif.Ibunyaterpaksamenjajakuihuntukmenyarahidupmerekaberdua.Sejakdarjahlimalagi, Amieramulamenolongibunyamenjualkuih-kuihpadasetiappagisebelumpergikesekolah. Diasedar, diaperlumembantuibunya yang semakintuauntukmencarinafkahbagimerekaberdua.  

Padawaktumalam, Amieramenolongibunyamembuatkuih.Dalammasa yang samajuga, Amieraberusahamengulangkajipelajaran. Rakan-rakanAmiera yang mampuakanpergikekelasbimbingan di pekantetapiAmierahanyabelajar di rumahtanpabimbingandaripadasesiapa.  Diapercaya, "Kalautakdipecahkanruyung, manakandapatsagunya".Olehsebabitu, Amierabertekaduntukberlajarbersungguh-sungguh.

PadahariIsnin, guru besarmemberitahubahawapeperiksaan SPM akanbermulapadamingguhadapan. Guru besarberharap agar semuacalon SPM di sekolahnyamengulangkajipelajarandenganlebihtekunlagi. Amieraberusahabersungguh-sungguhuntukmengulangkajipelajaranya.Ibunya pula sentiasaberdoadanmemberidorongankepadanya agar Amieraberjayamendapatkeputusan yang cemerlangnanti.

BerkatdoanyadanibunyasertausahaAmiera yang gigih, diatelahberjayadengancemerlangdalampeperiksaan SPM itu.Diaditawarkanuntukmelanjutkanpelajarannyakemenaragading.Amieraamatbersyukurdanberasasungguhgembira.

Guru-guru danrakan-rakannyasangatbanggaataskejayaanAmiera.Apatahlagiibunya yang amatmengharapkankejayaananaknyaitu.Amieraberjanjiakanterusberusahasupayadapatmembantuibunyakelak. Akhirnya, Amieratelahmendapatsegulungijazahdanpekerjaan yang terjamin.Kiniibunyahiduplebihsenangbersamanya.



Tan Wei Shi 5K

Ibu Kesayangan Saya

        Setiap orang mempunyai ibu. Ibu ialah orang yang melahirkan kita ke dunia ini.

Ibu saya bernama Ng Kar Choo. Beliau berumur 40 tahun. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru. Beliau mengajar di SJK(C) Kim Sen yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ibu saya seorang yang bertanggungjawab, baik hati, rajin dan sentiasa mengambil berat akan pelajaran saya. Beliau juga selalu menasihati kami supaya tekun belajar dan menghormati guru-guru serta orang yang lebih tua.

Ibu saya mendidik saya dengan penuh kesabaran. Ibu saya tidak pernah memukul saya. Apabila saya melakukan kesalahan, ibu saya akan menegur saya dengan penuh kasih saying.

 

       Pada waktu pagi, ibu saya akan bangun awal untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk kami sekeluarga. Pada waktu malam pula, ibu saya mengajar saya membuat kerja sekolah.

 

       Walaupun ibu saya sangat sibuk, ibu saya juga akan meluangkan masa untuk menemani saya. Saya sangat gembira kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya akan membalas budi ibu apabila dewasa nanti. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menggembirakan ibu. Saya juga berharap ibu akan sihat selalu.

 



 


2011

posted Oct 16, 2011, 7:17 AM by SJKC KIM SEN

H’ng Zhuang Hang 5K

Cara-cara Menjadi Seorang Murid Cermelang

       Setiap orang pasti ingin berjaya dalam pelajaran. Jika ingin menjadi pelajar cermelang, terdapat pelbagai caranya.

       Terlebih dahulu, kita haruslah menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. Dengan cara ini, kita akan lebih memahami apa yang diajar oleh cikgu. Kita juga perlu bertanya kepada guru atau rakan-rakan jika mempunyai kemusykilan. Oleh itu, kita akan lebih memahami isi pelajaran.

       Di samping itu, kita wajarlah mengulang kaji pelajaran setiap hari. Kita haruslah memperuntukkan masa sekurang-kurang dua jam untuk membuat nota ringkas selepas membaca buku.

       Bagi menjadi seorang pelajar yang cermelang,saya juga menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen untuk mengukuhkan pemahaman terhadap pelajaran.

       Selain itu, saya juga belajar secara berkumpulan. Kami sering bertukar-tukar fikiran tentang topik yang telah dibaca. Dengan cara ini, saya akan lebih memahami sesuatu topik. Saya juga sentiasa mengadakan senaman supaya badan sihat dan otak menjadi cerdas.

       Saya rajin membuat latihan seperti buku kerja tambahan. Dengan ini, dapat melatih saya menjawab soalan peperiksaan UPSR. Jika kita sentiasa mengamalkan banyak membaca buku dan surat khabar, pasti impian kita akan menjadi kenyataan.

 

Teoh Yee Wen 4K

Aku Sebuah Kereta

       Aku sebuah kereta. Namaku Proton Saga. Aku dilahirkan di sebuah kilang kereta di Kuala Lumpur. Badanku berwarna putih. Setelah siap dipasang, aku dibungkus bersama kawan-kawanku yang lain. Kemudian, kami dihantar ke kedai kereta untuk dijual.

       Aku ditempatkan di sebuah kedai yang terkenal di sebuah pusat beli-belah. Di situ, aku dipamerkan di kedai bersama-sama dengan kereta-kereta berjenama lain. Aku juga berkenalan dengan ramai kawan seperti Proton Wira dan Kancil.

       Dua hari kemudian, seorang lelaki datang untuk membeli kereta. Dia amat tertawan dengan reka bentukku yang cantik. Akhirnya, aku dipilih oleh tuan aku.

       Tuan aku memandu aku ke pejabat setiap pagi. Beliau juga membawa anak-anak dan isterinya makan angin pada hujung minggu.

       Selepas digunakan, tuan aku akan membasuh aku sehingga bersih dan berkilat. Beliau juga akan membawa aku ke bengkel jika aku sakit.

       Aku berasa bangga dengan adanya tuan seperti tuan aku. Aku berharap dapat berkhidmat kepada tuan aku buat selama-selamanya. 

 

Tan Jia Yi 6I

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

       Setiap hari, ibu dan bapa memesan aku berhati-hati menunggang basikal ke sekolah. Namun, saya tidak memperdulikan pesanan mereka.

       Setiap kali aku pulang dari sekolah, aku dan kawan-kawan selalu mengayuh basikal sesuka hati. Kami sering berlumba-lumba untuk sampai ke rumah. Bukan itu sahaja, kami juga suka menunggang basikal secara beriring-iringan sambil berbual-bual.

       Pada suatu hari, sewaktu pulang dari sekolah aku dan kawan-kawanku berlumba seperti biasa. Aku tidak mahu mengalah kerana aku mempunyai sebuah basikal baharu. Sepanjang perlumbaan itu, aku berasa gembira sekali kerana basikal aku sentiasa di hadapan. Aku bangga menunggang basikal sambil melepaskan tangan.

       Tiba-tiba, basikal aku terlanggar seketul batu dan aku gagal mengawalnya. Aku tersungkur ke tanah. Kaki dan tangan aku luka, manakala kepala aku terhantuk pada batu. Oleh itu, kepala aku mengalami pendarahan yang banyak.

       Malangnya, kawan-kawanku tidak datang menolong. Mereka terus meninggalkan aku begitu sahaja. Aku meraung kesakitan dan meminta tolong. Aku bernasib baik, kerana seorang lelaki tua yang kebetulan melalui tempat kejadian itu membawa aku ke hospital. Aku dirawat selama seminggu.

Sejak kejadian itu, aku menjadi insaf dan mendengar setiap pesanan ibu dan ayahku. Aku juga berjanji kepada mereka tidak mengulang perbuatan itu lagi. Malah, aku akan menasihatkan rakan-rakan supaya tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

 

Chan Ji Cheng 4I

60, Lorong Saujana Permai,

Taman Saujana Permai,

14000 Bukit Mertajam.

 

Menemui sahabatku, Liza yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

Saudari,

       Apa khabar? Surat saudari yang bertarikh April 2011 telah selamat saya terima. Semasa menulis surat ini, kami sekeluarga sihat-sihat sahaja. Semoga saudari sekeluarga lebih-lebih lagi.

       Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari tentang lawatan sambil belajar ke Kilang Roti Mayxiang pada 12 April 2011.

       Pagi-pagi lagi, kami berkumpul di kantin. Selepas mencatat nama, kami mendengar taklimat guru. Kemudian, kami pun menaiki bas.

       Kami bertolak pada pukul lapan pagi. Sejam kemudian, kami pun tiba di Kilang Roti Mayxiang. Setibanya di sana, pengurus kilang itu menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.

       Pengurus kilang itu membawa kami pergi melihat cara-cara roti dan kek dihasilkan. Kami mendapati kilang tersebut mementingkan kebersihan dan kualiti produknya.

       Sebelum pulang, kami diberi hadiah saguhati iaitu sebiji kek kecil dan sebungkus biskut. Selepas mengucapkan terima kasih, kami pun pulang.

       Setakat sini sahaja surat buat kali ini, semoga bertemu lagi dalam warkha yang lain. Kirimkan mesra saya kepada keluarga saudari. Sekian, terima kasih.

 

Sahabatmu,

 

 Cheng

----------------

 

 

 

 

 

Ng Yuan Ying  4K

Faedah Berkebun

     Kita patut bersyukur kerana negara kita subur buminya. Biji benih yang kita taburkan jika dijaga dan dibaja selalu, biji benih itu akan bercambah dan hidup subur. Oleh itu, kita digalakkan berkebun kerana banyak faedah yang akan kita peroleh.

     Sebenarnya, seseorang yang rajin berkebun telah melakukan aktiviti riadah yang diperlukan oleh tubuh. Kerja mencangkul tanah, membuat batas dan sebagainya dapat mengeluarkan peluh. Oleh itu, tubuh kita menjadi cergas dan sihat.

     Dengan berkebun juga kita dapat mengisi masa lapang. Kita dapat menenangkan fikiran apabila melihat hasil tanaman yang menghijau. Aktiviti ini dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi.

     Selain itu, kita bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malahan dapat menambah pendapatan dengan menjual sayur-sayuran yang kita tanam.

     Amalan berkebun juga memberikan sumbangan terhadap alam sekitar. Tumbuhan-tumbuhan hijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Hal ini menjamin kesejahteraan makhluk di muka bumi ini.

     Begitu banyaknya faedah yang kita peroleh daripada amalan berkebun. Oleh sebab itu, amalan ini hendaklah kita lakukan sepanjang masa.

 

Ng Yi Qi  4I

Membeli-belah Di Pasar Raya

     Pada suatu hari, kami sekeluarga pergi ke Pasar Raya Krico. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta.

     Keadaan di Pasar Raya Krico riuh-rendah. Kami melihat banyak kereta di parkiran. Di pasar raya itu, sebahagian barangan diberi potongan harga sehingga 70%.

     Barang-barang di pasar raya disusun di rak-rak mengikut jenisnya, ada bahagian makanan, bahagian minuman, bahagian pakaian dan sebagainya.

     Bahagian pakaian dibahagi kepada tiga kategori, iaitu pakaian lelaki, pakaian wanita dan pakaian kanak-kanak. Ibu membeli beberapa helai pakaian yang cantik dan istimewa untuk saya. Selepas membeli-belah, kami menolak troli ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, kami pun pulang.

     Saya berasa gembira kerana dapat membeli-belah di Pasar Raya Krico dengan keluarga.

 

Chan Xin Yi 4I

Ke Pasar

Pada pagi Ahad yang lalu, saya mengikut ibu ke pasr. Pasar itu terletak di pusat bandar. Kami ke sana untuk membeli laut pauk bagi meraikan Tahun Baru Cina.

       Mula-mula, kami menuju ke gerai sayar. Sayur-sayuran di situ disusun dengan rapi di atas para-para penjaja memperkenalkan pelbagai sayur kepada ibu. Ibu membeli sekilo sawi, kobis, cili dan sebaigainya.

       Selepas membeli sayur-sayuran, kami beralih ke tempat membeli ikan dan udang. Tempat itu bukan sahaja lecah malah berbau hanyit. Setelah tawar-menawar, ibu membeli dua ekor ikan bawal kerana hendak mengguli ikan.

       Di tepi pasar ada sebuah kedai runcit. Kedai runcit itu menjual pelbagai jenis barang keperluan seperti garam, gula dan telur.

       Menjelang pukul sepuluh pagi, kami pun pulang. Saya menolong ibu membawa barang-barang. walaupun letih namun saya gembira kerana banyak memperoleh pengalaman.

 

Tang Jing Yu  4I

Ibu saya

        Nama ibu saya Lim Siek Ping. Beliau berusia empat puluh dua tahun. Belaiu seorang suri rumah tangga.

Ibu saya kurus dan tinggi. Masa ibu banyak dihabiskan menguruskan rumah. Oleh itu, rumah kami sentiasa bersih dan kemas.

Hobi ibu saya memasak dan menghais rumah. Beliau menyediakan makanan dan minuman yang sedap untuk kami sekeluarga. Saya sangat suka akan masakan yang disediakan oleh ibu.

Ibu saya amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Ibu banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja sekolah.

Pada masa lapang, ibu akan membawa kami ke taman permainan untuk bersiar-siar. Kadang kala, kami juga berjoging supaya badan sentiasa sihat.

Saya sangat menghargai jasa ibu terhadap kamisekeluarga.Saya berharap dapat membalas jasa ibu apabila saya dewasa kelak.

 

Lim Boon Guan  4I
Menanam sayur

       Di belakang rumah saya ada sebilang tanah lapang. Ayah bercadang untuk menanam sayur di situ.

       Pada suatu hari, saya dan ayah berusaha membersihkan tanah lapang itu.Kemudian , kami membuat batas-batas di tanah lapang itu. Setelah siap membuat batas, kami pun menabur benih di situ.

Setiap petang, kami akan menyiram tananam kami yang baru bercambah itu. Kadang-kadang, kami mencabut rumput-rumput yang bertumbuh di batas.

Beberapa minggu kemudian, tanaman kami pun membesar dan hidup subur kerana kami membubuh baja dan rajin menyiram. Kami juga tidak lupa membunuh serangga-serangga perosak.

  Apabila  tanaman kami cukup besar, kami pun memetik sayur-sayuran. Kami berasa gembira kerana dapat menikmati hasil tanaman kami. Selain itu, kami juga memberi sebahagian sayur kepada jiran-jiran kami.

 

Sharon Teoh Li Min 6I

Cara-cara menjaga keselamatan diri

      

Saban hari, slogan kata “malang tidak berbau” selalu terngiang-ngiang di telinga kita. Kemalangan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala juga meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita harus pandai-pandai menjaga keselamatan diri pada setiap masa.

       Sedia kita maklum, kemalangan merupakan nahas utama yang mesti dielakkan. Pengguna kenderaan harus berhati-hati dan selalu menggunakan kemudahan lalu-lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang agar dapat mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan sewajarnya mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak memandu kenderaan mengikuti perasaan.

       Selain itu, semua orang juga harus menjaga keselamatan diri di rumah. Benda-benda tajam dan ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah didapati oleh kanak-kanak. Api kecil menjadi kawan, jika besar menjadi lawan. Oleh itu, semua orang harus mengawasi penggunaan api dan barang-barang elektrik.

       Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah, pelancongan adalah aktiviti yang selalu dilakukan oleh sengenap manusia. Walau bagaimanapun, sewaktu melakukan aktiviti ini, kita harus mengambil berat pelbagai aspek, umpamanya keselamatan tempat-tempat, pemakanan kesihatan diri dan sebagainya. Sekiranya, berlaku kemalangan, kita harusnya segera menghubungi pihak berkenaan.

       Memang tidak dapat dinafikan , setiap hari kita akan menghabiskan banyak masa di sekolah. Murid-murid dilarang berkejar-kejaran di dalam sekolah, berbual-bual dengan orang yang tidak dikenali dan harus memakai pakaian yang kemas. Guru-guru sepatutnya selalu menjaga keselamatan murid-murid pada waktu kemahiran hidup, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum dan sebagainya.

       Kesimpulannya, untuk menjaga keselamatan diri, semua orang harus prihatin dan berhati-hati di mana-mana dan pada bila-bila masa.

 

Evien See 4

Pengalaman ke hospital

       Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama-sama Abu dan Linggam berbasikal mengelilingi kampung kami. Kami berbasikal sambil melihat keindahan kampung. Tiba di satu selekoh, sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju telah melanggar kami bertiga. Abu dan Linggam sempat mengelak tetapi aku tidak sempat berbuat apa-apa.

       Akibat rempuhan itu, aku mengalami kecederaan yang agak serius. Kaki kananku patah dan seluruh badanku luka-luka. Abu dan Linggam hanya cedera ringan sahaja. Aku telah dibawa ke hospital oleh ornag kampung. Doktor menasihatkan aku supaya tinggal di hospital sehingga kakiku benar-benar sembuh. Nampaknya,aku terpaksa melupakan persekolahan selama satu bulan sebelum dapat berjalan semula.

       Ini merupakan pengalaman pertamaku tinggal di hospital. Tidak pernah sebelum ini aku dimasukkan ke hospital dan terpaksa ditahan di wad. Mujurlah aku telah mendapat layanan yang baik daripada jururawat dan doktor yang merawatku. Jadi hilanglah sedikit rasa bosan di sini. Ibuku pula sentiasa berada di sisiku. Kadang-kadang ibu menemaniku hingga dia tertidur di sisi katil. Abu , Linggam dan kawan-kawan sekolah yang lain juga telah dating melawatku di hospital.

      Semasa di hospital, aku telah mendapat banyak kawan baharu. Ada pesakit yang mengalami keracunan makanan, mangsa kemalangan seperti aku dan ramai lagi. Setiap hari aku makan ubat yang diberi di samping mengikuti nasihat doktor. Semakin hari, lukaku semakin sembuh dan kakiku yang patah sudah pulih. Kira-kira satu bulan kemudian, aku pun dibenar pulang.

       Sebelum pulang, aku sempat mengucap terima kasih kepada jururawat dan doktor yang merawatku. Aku berjanji kepada diriku sendiri akan lebih berhati-hati semasa di jalan raya. Aku tidak mahu lagi tinggal di hospital.

 

Loh Hooi San  6I

Cara- cara menjaga kebersihan kawasan rumah

       Rumah ialah tempat tinggal dan tempat perlindungan manusia daripada hujan dan cahaya matahari. Kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan kawasan rumah. Kediaman yang bersih dan selesa membolehkan kehidupan kita menjadi ceria.

       Untuk menjaga kebersihan kawasan rumah, kita perlu mengadakan program gotong-royong. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Pada hujung minggu, kita harus menyertai aktiviti gotong-royong.

       Selain mengadakan program gotong-royong, kita perlu membuang sampah sarap ke dalam tong sampah. Apabila sampah di dalam tong sampah penuh, kita dikehendaki mengikat beg plastik  dengan ketat dan membuang ke dalam tong sampah besar yang terletak di luar rumah. Oleh hal yang demikian, kita boleh menggelakkan pembiakan lalat yang membawa penyakit dan juga boleh menjaga kebersihan kawasan rumah.

       Sedia kita maklum, nyamuk aedas membiak di dalam tin-tin kosong dan botol-botol yang tidak ditutup. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengumpul tin-tin kosong, botol-botol , tayar buruk dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh mengitar semula barang-barang tersebut.

       Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan agar hidup dengan selesa dan dapat melakukan aktiviti dengan ceria.

 

 

Emily  Tan Yi Xuan 4I

Ibu saya

       Nama ibu saya Ong Choon Leng. Beliau berusia 37 tahun. Beliau seorang surirumah.

Ibu saya tegas dan rajin. Pada waktu malam, beliau akan mengadakan kelas tambahan untuk saya supaya saya boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan saya.

Ibu saya seorang periang. Beliau selalu menghiburkan kami. Beliau selalu menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya apabila saya dewasa nanti.

Hobi ibu saya melayari internet. Pada masa lapang, beliau akan melayari internet untuk mencari maklumat.

Ibu saya sangat menyayangi kami sekeluarga. Beliau sentiasa menasihati kami agar menjadi orang yang baik. Beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Kami bertuah mempunyai ibu sepertinya. Kami berasa bangga menjadi anak-anaknya. Saya sungguh sayang akan ibu saya.

 

 

 

Choo Si Han 6I

Cara terbaik menggunakan masa

      

Kata orang, masa itu emas. Bagi seorang murid yang bergelumang dengan buku, pengurusan masa amat penting. Apabila kita mengkaji tokoh yang berjaya. Kita akan mendapati kejayaan mereka adalah kerana mereka tahu menguruskan masa dengan baik.

      Bagi setiap murid, masa yang terluang perlu diisi dengan membaca. Banyak bahan yang boleh dibaca seperti majalah, surat khabar, buku cerita dan sebagainya. Dengan banyak membaca, pengetahuan kita akan bertambah.

       Selain itu, kita perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti kelas tambahan. Kelas tambahan boleh diikuti pada sebelah petang atau hujung minggu. Cara ini membolehkan kita menjadi seorang murid yang berotak cair sekali gus pengetahuan terhadap sesuatu topic yang diajar oleh guru mudah difahami.

       Di rumah, kita perlu ringan tulang membantu ibu membuat kerja rumah yang ringan seperti mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah, mengelap tingkap dan sebagainya. Cara ini dapat melatih kita berdikari apabila kita dewasa kelak kerana sudah menjadi kebiasan kita melakukan kerja-kerja harian.

       Ketika di sekolah, jika ada masa terluang, eloklah kita membantu guru. Contohnya, membantu guru mengangkat beg, memungut buku latihan dan membersihkan kelas. Kerajinan yang kita tunjukkan akan menggembirakan hati guru dan menjadikan kita anak emas kepada guru.

       Pada waktu petang pula, gunakanlah masa terluang kita dengan melakukan aktiviti riadah. Sebagai contoh, bermain bola sepak, berjogging dan berenang. Kesannya, badan kita akan menjadi sihat dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.

       Kesimpulannya, kita perlu memanfaatkan masa terluang kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Janganlah kita melakukan aktiviti yang tidak berfaedah yang menyebabkan kita digelar sampah masyarakat. Setiap orang diberi masa dua puluh empat jam sehari, maka uruskanlah masa dengan baik.

 

 

                                                                                          

Untitled Post

posted Apr 30, 2011, 4:44 AM by SJKC KIM SEN

Cara-cara memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak

Teoh Guan Boon   6K(2010)

       Dalam zaman yang bertamadun, orang ramai telah menyedari amalan membaca ialah jambatan ilmu. Oleh itu, pelbagai cara didedahkan untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak.

Sedia kita maklum, sikap dan tingkah laku ibubapa amat mudah mempengaruhi kanak-kanak. Oleh hal demikian, ibubapa harus mengamalkan minat membaca pada diri sendiri supaya dapat meneladani kanak-kanak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, ibubapa seharusnya membawa kanak-kanak mengunjungi pesta buku, contohnya kedai buku, perpustaan dan sebagainya. Kanak-kanak selalu berdampingan dengan buku akan dipupuk minat membaca.

Memang tidak dapat dinafikan, untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai pertandingan, projek Nilam dan Minggu Membaca. Dalam pada itu, kebanyakan sekolah juga mengadakan pameran buku supaya murid-murid berpeluang membuka mata dengan membaca bahan bacaan yang terbaru di pasaran.

Lazimnya, untuk menggalak kanak-kanak yang cemerlang, ibubapa seharusnya menggunakan buku cerita sebagai ganjaran. Hasilnya kanak-kanak pasti menghargai hadiah itu. Dalam pada itu, ibubapa harus meluangkan masa menemani kanak-kanak dapat menghayati buku.

Pendek kata, memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak memerlukan kerjasama pihak sekolah, ibubapa dan murid-murid. Membaca boleh mencerahkan masa depan seseorang.

 

Cara-cara mengamalkan kehidupan yang sihat

Michelle Chew    6K(2010)

       Dalam zaman bertamadun semua orang telah menyedari kesihatan sangat penting dalam kehidupan.Oleh itu, terdapat banyak cara untuk manusia mengamalkan kehidupan yang sihat.

Sedia kita maklum, makan makanan yang seimbang dapat menjamin kesihatan seseorang.Setiap hari,kita mesti makan makanan yang mengandungi protein,zat galian,vitamin dan sebagainya supaya badan kita kuat dan sihat.Namun semua orang dinasihati mengurangkan makanan manis dan makanan yang terlalu masin.

Lazimnya, melakukan senaman juga merupakan satu cara untuk kita menjaga badan yang sihat. Apabila bersenam, badan kita akan berpeluh. Bahan kumuh dalam badan kita akan dikeluarkan melalui bersenam. Oleh itu, setelah kita bersenam kita akan berasa segar.

       Memang tidak dapat dinafikan,kebersihan juga penting untuk menjamin kesihatan seseorang.Semua orang mesti mandi,menggosok gigi, memakai pakaian yang bersih dan lain-lain.Dalam pada itu ,kita mesti menjaga kebersihan persekitaran untuk mengelakkan binatang yang membawa penyakit seperti lalat, nyamuk dan sebagainya.

Demi menjamin kesihatan kita,kita mesti mempunyai waktu tidur yang cukup,kita perlu tidur kurang-kurangnya enam jam.Orang yang sihat haruslah selalu mengadakan pemeriksaan doktor pada setiap tahun.Hal ini demikian,bukan sahaja dapat memastikan keadaan kesihatan kita malah dapat merawat penyakit sebelum parah.

Kesimpulannya,kesihatan sangat penting dalam kehidupan.Semua orang mesti mengamalkan tabiat atau kegiatan yang baik untuk menjamin kesihatan.

 

Faedah membaca buku

Low Yen Hang  6S(2010)

       Faedah membaca buku ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sangat luas bidangnya contohnya bidang pertanian, bidang pendidikan dan sebagainya.

Membaca buku juga satu amalan yang mulia. Kita dapat mengetahui ilmu-ilmu dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Sikap suka membaca buku akan melahirkan seorang pelajar yang bersikap kritis dan berfikir luas.Ia akan melahirkan generasi yang berdaya saing dan dapat membawa perubahan dan kewajuan dalam masyarakat.

Di samping itu, membaca buku juga akan melahirkan pelajar yang pintar dan berjaya dalam pelajaran.Mereka dapat menjawab sesuatu soalan dengan mudah dan betul.

Dengan membaca buku juga dapat memberi satu kepusan dan keseronokkan pada seseorang apabila mengetahui jalan cerita yang dibacanya.

Oleh itu, kita mestilah membaca buku dan jadikan buku itu sebagai teman sejati anda.

 

 

 

Seorang tokoh pendidik yang saya segani

Ang Choon Chia 6M(2010)

Semua murid dari prasekolah hingga universiti diajar guru.Guru -guru inilah merupakan tokoh pendidik yang disegani dan dihormati masyarakat.Antara guru-guru yang saya kenali, Cikgu Lim yang saya segani.

Cikgu Lim dilahirkan pada tahun 1965 di sebuah pekan kecil di kedah. Beliau mendapatkan pendidikan awal di sekolah SJK(C) Kim Sen, Bukit Mertajam. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di SMK (C) Jit Sin, Bukit Mertajam.Setelah tamat pelajaran, Cikgu Lim menlanjutkanpelajaran di Maktab Perguruan.

Sebaik sahaja menerima ijazah , beliau bertugas dalam bidang pendidikan di bangku sekolahnya, SJK(C) Kim Sen. kesungguhan Beliau dalam pengajaran serta kegiatan ko-kurikulum, Cikgu Lim telah dianugerah oleh Kementeria Pendidikan sebagai tokoh pendidik pada tahun 2006.

Kini, sudah dua puluh tahun Cikgu Lim menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Beliau yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Beliau yang tidak mengenai penat-lelah sentiasa memimpin murid-murid ke masa depan yang cerah.

Cikgu Lim seperti lilin yang membakar diri menerangi orang. Oleh itu, saya berazam untuk belajar degan bersungguh-sungguh mencapai kejayaan supaya tidak menghampakan Cikgu Lim.

 

Seorang tokoh pendidik yang saya segani

   Ang Choon Chia 6M(2010)

       Semua murid dari prasekolah hingga universiti diajar guru.Guru -guru inilah merupakan tokoh pendidik yang disegani dan dihormati masyarakat.Antara guru-guru yang saya kenali, Cikgu Lim yang saya segani.

Cikgu Lim dilahirkan pada tahun 1965 di sebuah pekan kecil di kedah. Beliau mendapatkan pendidikan awal di sekolah SJK(C) Kim Sen, Bukit Mertajam. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di SMK (C) Jit Sin, Bukit Mertajam.Setelah tamat pelajaran, Cikgu Lim menlanjutkanpelajaran di Maktab Perguruan.

Sebaik sahaja menerima ijazah , beliau bertugas dalam bidang pendidikan di bangku sekolahnya, SJK(C) Kim Sen. kesungguhan Beliau dalam pengajaran serta kegiatan ko-kurikulum, Cikgu Lim telah dianugerah oleh Kementeria Pendidikan sebagai tokoh pendidik pada tahun 2006.

Kini, sudah dua puluh tahun Cikgu Lim menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Beliau yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Beliau yang tidak mengenai penat-lelah sentiasa memimpin murid-murid ke masa depan yang cerah.

Cikgu Lim seperti lilin yang membakar diri menerangi orang. Oleh itu, saya berazam untuk belajar degan bersungguh-sungguh mencapai kejayaan supaya tidak menghampakan Cikgu Lim.

 

Kebaikan Menabung

Lam Yee Jane     6K(2010)

       Menabung bermaksud menyimpan wang saku yang berlebihan. Dalam zaman moden ini, kebanyakan orang telah menabung di bank, pejabat pos atau tabung. Oleh sebab menabung banyak mendatangkan kebaikan, jadi kanak-kanak digalak dan dirangsang memupuk amalan ini sejak kecil lagi.

Sedia kita maklum, menabung dapat melatih kita berjimat-cermat. Sebelum membeli, kita akan berfikir dahulu dengan masak agar tidak membeli barang yang tidak perlu atau terlalu banyak. Ini dapat menjamin masa hadapan kita.

Memang tidak dapat dinafikan, wang tabungan dapat digunakan pada masa kecemasan. Kita tidak perlu meminjam wang daripada orang lain semasa kecemasan. Wang ini dapat mengubati penyakit, membayar yuran sekolah dan sebagainya.

Lazimnya, wang tabungan juga dapat digunakan untuk membuat kerja kebajikan. Kita boleh menggunakan wang ini untuk menolong orang yang kurang bernasib baik, seperti mangsa kemalangan, anak yatim, orang cacat dan lain-lain lagi. Selain itu, wang ini juga dapat didermakan dan menjadi wang pembangunan sekolah.

Kesimpulannya, banyak faedah yang dapat kita peroleh sekiranya kita menabung. Marilah kita mengamalkan tabiat menabung mulai hari ini.

 

 

 Menyertai Pertandingan Bercerita Di Sekolah

Yeoh Shu Min 5K

Esok ialah hari pertandingan, saya berasa sangat cemas. Oleh itu, saya kerap kali berlatih menyampaikan cerita saya yang bertajuk ”Singa dan Tikus” di hadapan cermin bilik saya. Pada malam itu, saya tidak dapat tidur lena.

       Pada hari pertandingan, dewan sekolah dihiaskan dengan belon, reben dan pokok-pokok bunga. Peserta beri duduk di atas pentas. Seramai 200 orang murid duduk di bawah pentas untuk menyaksikan pertandingan bercerita ini.

       Saya juga ditempatkan duduk di atas pentas untuk menunggu giliran saya. Setelah nama saya dipanggil oleh juruacara, saya pun menuju ke depan pentas untuk memulakan cerita saya. Apabila saya bercerita di atas pentas, persembahan saya amat memuaskan. Saya menyampaikan bercerita saya dengan yakin dan bersemangat.

       Sebaik sahaja, saya menamatkan cerita saya. Murid-murid memberi saya tepukan tangan yang gemuruh. Saya berasa sangat gembira kerana galakan dan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan.

       Sudah pun tiba masa untuk mengumumkan keputusan pertandingan bercerita. Saya mendapat johan dalam pertandingan bercerita tahun 5. Saya berasa sangat gembira dan bangga. Selain itu, saya berasa kegigihan saya dalam latihan bercerita tidak tersiar-siar.

       Saya berasa saya mendapat sesuatu yang lebih bernilai daripada mendapat johan itu saya telah menambah keyakinan diri melalui menyertai pertandingan bercerita ini .

                                                


Pengalaman Membeli-belah di Sebuah Pasar Raya

Teh Yi Tong 4I(2010)

      Pada hari Ahad yang lalu, saya mengikut ibu pergi membeli-belah di Pasar Raya Jusco. Pasar raya itu terletak di pusat bandar. Kami pergi ke sana untuk membeli barang-barang keperluan.

Lebih kurang setengah jam perjalanan,  kami pun tiba di Pasar Raya Jusco. Pasar Raya Jusco mangadakan jualan hebat sempena menyambut Tahun Baru Cina. Oleh itu, banyak orang membanjiri Pasar Raya Jusco.

Mula-mula kami membeli barang-barang pencuci di tingkat bawah. Pekerja-pekerja sibuk melayan para pelanggan. Ibu membeli dua buku sabun dan sebotol syampu.

Setelah membeli barang-barang pencuci, kami naik ke tingkat kedua iaitu bahagian pakaian. Pakaian yang berwarna-warni dan beraneka fesyen membuatrkan kami rambang mata. Akhirnya, ibu membelikan saya sehelai baju yang cantik.

Sebelum pulang, kami mengunjungi pesta buku di tingkat atas. Semua barangan akan diberi potongan harga yang istimewa. Kami telah menghabiskan lebih kurang dua jam di pesta buku.

Menjelang pukul enam petang, kami pun pulang. Walaupun letih, namun saya sangat gembira kerana banyak mendapat pengalaman.

 

1-2 of 2