优秀作文‎ > ‎国文作文‎ > ‎

2011

posted Oct 16, 2011, 7:17 AM by SJKC KIM SEN

H’ng Zhuang Hang 5K

Cara-cara Menjadi Seorang Murid Cermelang

       Setiap orang pasti ingin berjaya dalam pelajaran. Jika ingin menjadi pelajar cermelang, terdapat pelbagai caranya.

       Terlebih dahulu, kita haruslah menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. Dengan cara ini, kita akan lebih memahami apa yang diajar oleh cikgu. Kita juga perlu bertanya kepada guru atau rakan-rakan jika mempunyai kemusykilan. Oleh itu, kita akan lebih memahami isi pelajaran.

       Di samping itu, kita wajarlah mengulang kaji pelajaran setiap hari. Kita haruslah memperuntukkan masa sekurang-kurang dua jam untuk membuat nota ringkas selepas membaca buku.

       Bagi menjadi seorang pelajar yang cermelang,saya juga menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen untuk mengukuhkan pemahaman terhadap pelajaran.

       Selain itu, saya juga belajar secara berkumpulan. Kami sering bertukar-tukar fikiran tentang topik yang telah dibaca. Dengan cara ini, saya akan lebih memahami sesuatu topik. Saya juga sentiasa mengadakan senaman supaya badan sihat dan otak menjadi cerdas.

       Saya rajin membuat latihan seperti buku kerja tambahan. Dengan ini, dapat melatih saya menjawab soalan peperiksaan UPSR. Jika kita sentiasa mengamalkan banyak membaca buku dan surat khabar, pasti impian kita akan menjadi kenyataan.

 

Teoh Yee Wen 4K

Aku Sebuah Kereta

       Aku sebuah kereta. Namaku Proton Saga. Aku dilahirkan di sebuah kilang kereta di Kuala Lumpur. Badanku berwarna putih. Setelah siap dipasang, aku dibungkus bersama kawan-kawanku yang lain. Kemudian, kami dihantar ke kedai kereta untuk dijual.

       Aku ditempatkan di sebuah kedai yang terkenal di sebuah pusat beli-belah. Di situ, aku dipamerkan di kedai bersama-sama dengan kereta-kereta berjenama lain. Aku juga berkenalan dengan ramai kawan seperti Proton Wira dan Kancil.

       Dua hari kemudian, seorang lelaki datang untuk membeli kereta. Dia amat tertawan dengan reka bentukku yang cantik. Akhirnya, aku dipilih oleh tuan aku.

       Tuan aku memandu aku ke pejabat setiap pagi. Beliau juga membawa anak-anak dan isterinya makan angin pada hujung minggu.

       Selepas digunakan, tuan aku akan membasuh aku sehingga bersih dan berkilat. Beliau juga akan membawa aku ke bengkel jika aku sakit.

       Aku berasa bangga dengan adanya tuan seperti tuan aku. Aku berharap dapat berkhidmat kepada tuan aku buat selama-selamanya. 

 

Tan Jia Yi 6I

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

       Setiap hari, ibu dan bapa memesan aku berhati-hati menunggang basikal ke sekolah. Namun, saya tidak memperdulikan pesanan mereka.

       Setiap kali aku pulang dari sekolah, aku dan kawan-kawan selalu mengayuh basikal sesuka hati. Kami sering berlumba-lumba untuk sampai ke rumah. Bukan itu sahaja, kami juga suka menunggang basikal secara beriring-iringan sambil berbual-bual.

       Pada suatu hari, sewaktu pulang dari sekolah aku dan kawan-kawanku berlumba seperti biasa. Aku tidak mahu mengalah kerana aku mempunyai sebuah basikal baharu. Sepanjang perlumbaan itu, aku berasa gembira sekali kerana basikal aku sentiasa di hadapan. Aku bangga menunggang basikal sambil melepaskan tangan.

       Tiba-tiba, basikal aku terlanggar seketul batu dan aku gagal mengawalnya. Aku tersungkur ke tanah. Kaki dan tangan aku luka, manakala kepala aku terhantuk pada batu. Oleh itu, kepala aku mengalami pendarahan yang banyak.

       Malangnya, kawan-kawanku tidak datang menolong. Mereka terus meninggalkan aku begitu sahaja. Aku meraung kesakitan dan meminta tolong. Aku bernasib baik, kerana seorang lelaki tua yang kebetulan melalui tempat kejadian itu membawa aku ke hospital. Aku dirawat selama seminggu.

Sejak kejadian itu, aku menjadi insaf dan mendengar setiap pesanan ibu dan ayahku. Aku juga berjanji kepada mereka tidak mengulang perbuatan itu lagi. Malah, aku akan menasihatkan rakan-rakan supaya tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

 

Chan Ji Cheng 4I

60, Lorong Saujana Permai,

Taman Saujana Permai,

14000 Bukit Mertajam.

 

Menemui sahabatku, Liza yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

Saudari,

       Apa khabar? Surat saudari yang bertarikh April 2011 telah selamat saya terima. Semasa menulis surat ini, kami sekeluarga sihat-sihat sahaja. Semoga saudari sekeluarga lebih-lebih lagi.

       Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari tentang lawatan sambil belajar ke Kilang Roti Mayxiang pada 12 April 2011.

       Pagi-pagi lagi, kami berkumpul di kantin. Selepas mencatat nama, kami mendengar taklimat guru. Kemudian, kami pun menaiki bas.

       Kami bertolak pada pukul lapan pagi. Sejam kemudian, kami pun tiba di Kilang Roti Mayxiang. Setibanya di sana, pengurus kilang itu menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.

       Pengurus kilang itu membawa kami pergi melihat cara-cara roti dan kek dihasilkan. Kami mendapati kilang tersebut mementingkan kebersihan dan kualiti produknya.

       Sebelum pulang, kami diberi hadiah saguhati iaitu sebiji kek kecil dan sebungkus biskut. Selepas mengucapkan terima kasih, kami pun pulang.

       Setakat sini sahaja surat buat kali ini, semoga bertemu lagi dalam warkha yang lain. Kirimkan mesra saya kepada keluarga saudari. Sekian, terima kasih.

 

Sahabatmu,

 

 Cheng

----------------

 

 

 

 

 

Ng Yuan Ying  4K

Faedah Berkebun

     Kita patut bersyukur kerana negara kita subur buminya. Biji benih yang kita taburkan jika dijaga dan dibaja selalu, biji benih itu akan bercambah dan hidup subur. Oleh itu, kita digalakkan berkebun kerana banyak faedah yang akan kita peroleh.

     Sebenarnya, seseorang yang rajin berkebun telah melakukan aktiviti riadah yang diperlukan oleh tubuh. Kerja mencangkul tanah, membuat batas dan sebagainya dapat mengeluarkan peluh. Oleh itu, tubuh kita menjadi cergas dan sihat.

     Dengan berkebun juga kita dapat mengisi masa lapang. Kita dapat menenangkan fikiran apabila melihat hasil tanaman yang menghijau. Aktiviti ini dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi.

     Selain itu, kita bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malahan dapat menambah pendapatan dengan menjual sayur-sayuran yang kita tanam.

     Amalan berkebun juga memberikan sumbangan terhadap alam sekitar. Tumbuhan-tumbuhan hijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Hal ini menjamin kesejahteraan makhluk di muka bumi ini.

     Begitu banyaknya faedah yang kita peroleh daripada amalan berkebun. Oleh sebab itu, amalan ini hendaklah kita lakukan sepanjang masa.

 

Ng Yi Qi  4I

Membeli-belah Di Pasar Raya

     Pada suatu hari, kami sekeluarga pergi ke Pasar Raya Krico. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta.

     Keadaan di Pasar Raya Krico riuh-rendah. Kami melihat banyak kereta di parkiran. Di pasar raya itu, sebahagian barangan diberi potongan harga sehingga 70%.

     Barang-barang di pasar raya disusun di rak-rak mengikut jenisnya, ada bahagian makanan, bahagian minuman, bahagian pakaian dan sebagainya.

     Bahagian pakaian dibahagi kepada tiga kategori, iaitu pakaian lelaki, pakaian wanita dan pakaian kanak-kanak. Ibu membeli beberapa helai pakaian yang cantik dan istimewa untuk saya. Selepas membeli-belah, kami menolak troli ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, kami pun pulang.

     Saya berasa gembira kerana dapat membeli-belah di Pasar Raya Krico dengan keluarga.

 

Chan Xin Yi 4I

Ke Pasar

Pada pagi Ahad yang lalu, saya mengikut ibu ke pasr. Pasar itu terletak di pusat bandar. Kami ke sana untuk membeli laut pauk bagi meraikan Tahun Baru Cina.

       Mula-mula, kami menuju ke gerai sayar. Sayur-sayuran di situ disusun dengan rapi di atas para-para penjaja memperkenalkan pelbagai sayur kepada ibu. Ibu membeli sekilo sawi, kobis, cili dan sebaigainya.

       Selepas membeli sayur-sayuran, kami beralih ke tempat membeli ikan dan udang. Tempat itu bukan sahaja lecah malah berbau hanyit. Setelah tawar-menawar, ibu membeli dua ekor ikan bawal kerana hendak mengguli ikan.

       Di tepi pasar ada sebuah kedai runcit. Kedai runcit itu menjual pelbagai jenis barang keperluan seperti garam, gula dan telur.

       Menjelang pukul sepuluh pagi, kami pun pulang. Saya menolong ibu membawa barang-barang. walaupun letih namun saya gembira kerana banyak memperoleh pengalaman.

 

Tang Jing Yu  4I

Ibu saya

        Nama ibu saya Lim Siek Ping. Beliau berusia empat puluh dua tahun. Belaiu seorang suri rumah tangga.

Ibu saya kurus dan tinggi. Masa ibu banyak dihabiskan menguruskan rumah. Oleh itu, rumah kami sentiasa bersih dan kemas.

Hobi ibu saya memasak dan menghais rumah. Beliau menyediakan makanan dan minuman yang sedap untuk kami sekeluarga. Saya sangat suka akan masakan yang disediakan oleh ibu.

Ibu saya amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Ibu banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja sekolah.

Pada masa lapang, ibu akan membawa kami ke taman permainan untuk bersiar-siar. Kadang kala, kami juga berjoging supaya badan sentiasa sihat.

Saya sangat menghargai jasa ibu terhadap kamisekeluarga.Saya berharap dapat membalas jasa ibu apabila saya dewasa kelak.

 

Lim Boon Guan  4I
Menanam sayur

       Di belakang rumah saya ada sebilang tanah lapang. Ayah bercadang untuk menanam sayur di situ.

       Pada suatu hari, saya dan ayah berusaha membersihkan tanah lapang itu.Kemudian , kami membuat batas-batas di tanah lapang itu. Setelah siap membuat batas, kami pun menabur benih di situ.

Setiap petang, kami akan menyiram tananam kami yang baru bercambah itu. Kadang-kadang, kami mencabut rumput-rumput yang bertumbuh di batas.

Beberapa minggu kemudian, tanaman kami pun membesar dan hidup subur kerana kami membubuh baja dan rajin menyiram. Kami juga tidak lupa membunuh serangga-serangga perosak.

  Apabila  tanaman kami cukup besar, kami pun memetik sayur-sayuran. Kami berasa gembira kerana dapat menikmati hasil tanaman kami. Selain itu, kami juga memberi sebahagian sayur kepada jiran-jiran kami.

 

Sharon Teoh Li Min 6I

Cara-cara menjaga keselamatan diri

      

Saban hari, slogan kata “malang tidak berbau” selalu terngiang-ngiang di telinga kita. Kemalangan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala juga meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita harus pandai-pandai menjaga keselamatan diri pada setiap masa.

       Sedia kita maklum, kemalangan merupakan nahas utama yang mesti dielakkan. Pengguna kenderaan harus berhati-hati dan selalu menggunakan kemudahan lalu-lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang agar dapat mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan sewajarnya mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak memandu kenderaan mengikuti perasaan.

       Selain itu, semua orang juga harus menjaga keselamatan diri di rumah. Benda-benda tajam dan ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah didapati oleh kanak-kanak. Api kecil menjadi kawan, jika besar menjadi lawan. Oleh itu, semua orang harus mengawasi penggunaan api dan barang-barang elektrik.

       Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah, pelancongan adalah aktiviti yang selalu dilakukan oleh sengenap manusia. Walau bagaimanapun, sewaktu melakukan aktiviti ini, kita harus mengambil berat pelbagai aspek, umpamanya keselamatan tempat-tempat, pemakanan kesihatan diri dan sebagainya. Sekiranya, berlaku kemalangan, kita harusnya segera menghubungi pihak berkenaan.

       Memang tidak dapat dinafikan , setiap hari kita akan menghabiskan banyak masa di sekolah. Murid-murid dilarang berkejar-kejaran di dalam sekolah, berbual-bual dengan orang yang tidak dikenali dan harus memakai pakaian yang kemas. Guru-guru sepatutnya selalu menjaga keselamatan murid-murid pada waktu kemahiran hidup, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum dan sebagainya.

       Kesimpulannya, untuk menjaga keselamatan diri, semua orang harus prihatin dan berhati-hati di mana-mana dan pada bila-bila masa.

 

Evien See 4

Pengalaman ke hospital

       Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama-sama Abu dan Linggam berbasikal mengelilingi kampung kami. Kami berbasikal sambil melihat keindahan kampung. Tiba di satu selekoh, sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju telah melanggar kami bertiga. Abu dan Linggam sempat mengelak tetapi aku tidak sempat berbuat apa-apa.

       Akibat rempuhan itu, aku mengalami kecederaan yang agak serius. Kaki kananku patah dan seluruh badanku luka-luka. Abu dan Linggam hanya cedera ringan sahaja. Aku telah dibawa ke hospital oleh ornag kampung. Doktor menasihatkan aku supaya tinggal di hospital sehingga kakiku benar-benar sembuh. Nampaknya,aku terpaksa melupakan persekolahan selama satu bulan sebelum dapat berjalan semula.

       Ini merupakan pengalaman pertamaku tinggal di hospital. Tidak pernah sebelum ini aku dimasukkan ke hospital dan terpaksa ditahan di wad. Mujurlah aku telah mendapat layanan yang baik daripada jururawat dan doktor yang merawatku. Jadi hilanglah sedikit rasa bosan di sini. Ibuku pula sentiasa berada di sisiku. Kadang-kadang ibu menemaniku hingga dia tertidur di sisi katil. Abu , Linggam dan kawan-kawan sekolah yang lain juga telah dating melawatku di hospital.

      Semasa di hospital, aku telah mendapat banyak kawan baharu. Ada pesakit yang mengalami keracunan makanan, mangsa kemalangan seperti aku dan ramai lagi. Setiap hari aku makan ubat yang diberi di samping mengikuti nasihat doktor. Semakin hari, lukaku semakin sembuh dan kakiku yang patah sudah pulih. Kira-kira satu bulan kemudian, aku pun dibenar pulang.

       Sebelum pulang, aku sempat mengucap terima kasih kepada jururawat dan doktor yang merawatku. Aku berjanji kepada diriku sendiri akan lebih berhati-hati semasa di jalan raya. Aku tidak mahu lagi tinggal di hospital.

 

Loh Hooi San  6I

Cara- cara menjaga kebersihan kawasan rumah

       Rumah ialah tempat tinggal dan tempat perlindungan manusia daripada hujan dan cahaya matahari. Kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan kawasan rumah. Kediaman yang bersih dan selesa membolehkan kehidupan kita menjadi ceria.

       Untuk menjaga kebersihan kawasan rumah, kita perlu mengadakan program gotong-royong. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Pada hujung minggu, kita harus menyertai aktiviti gotong-royong.

       Selain mengadakan program gotong-royong, kita perlu membuang sampah sarap ke dalam tong sampah. Apabila sampah di dalam tong sampah penuh, kita dikehendaki mengikat beg plastik  dengan ketat dan membuang ke dalam tong sampah besar yang terletak di luar rumah. Oleh hal yang demikian, kita boleh menggelakkan pembiakan lalat yang membawa penyakit dan juga boleh menjaga kebersihan kawasan rumah.

       Sedia kita maklum, nyamuk aedas membiak di dalam tin-tin kosong dan botol-botol yang tidak ditutup. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengumpul tin-tin kosong, botol-botol , tayar buruk dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh mengitar semula barang-barang tersebut.

       Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan agar hidup dengan selesa dan dapat melakukan aktiviti dengan ceria.

 

 

Emily  Tan Yi Xuan 4I

Ibu saya

       Nama ibu saya Ong Choon Leng. Beliau berusia 37 tahun. Beliau seorang surirumah.

Ibu saya tegas dan rajin. Pada waktu malam, beliau akan mengadakan kelas tambahan untuk saya supaya saya boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan saya.

Ibu saya seorang periang. Beliau selalu menghiburkan kami. Beliau selalu menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya apabila saya dewasa nanti.

Hobi ibu saya melayari internet. Pada masa lapang, beliau akan melayari internet untuk mencari maklumat.

Ibu saya sangat menyayangi kami sekeluarga. Beliau sentiasa menasihati kami agar menjadi orang yang baik. Beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Kami bertuah mempunyai ibu sepertinya. Kami berasa bangga menjadi anak-anaknya. Saya sungguh sayang akan ibu saya.

 

 

 

Choo Si Han 6I

Cara terbaik menggunakan masa

      

Kata orang, masa itu emas. Bagi seorang murid yang bergelumang dengan buku, pengurusan masa amat penting. Apabila kita mengkaji tokoh yang berjaya. Kita akan mendapati kejayaan mereka adalah kerana mereka tahu menguruskan masa dengan baik.

      Bagi setiap murid, masa yang terluang perlu diisi dengan membaca. Banyak bahan yang boleh dibaca seperti majalah, surat khabar, buku cerita dan sebagainya. Dengan banyak membaca, pengetahuan kita akan bertambah.

       Selain itu, kita perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti kelas tambahan. Kelas tambahan boleh diikuti pada sebelah petang atau hujung minggu. Cara ini membolehkan kita menjadi seorang murid yang berotak cair sekali gus pengetahuan terhadap sesuatu topic yang diajar oleh guru mudah difahami.

       Di rumah, kita perlu ringan tulang membantu ibu membuat kerja rumah yang ringan seperti mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah, mengelap tingkap dan sebagainya. Cara ini dapat melatih kita berdikari apabila kita dewasa kelak kerana sudah menjadi kebiasan kita melakukan kerja-kerja harian.

       Ketika di sekolah, jika ada masa terluang, eloklah kita membantu guru. Contohnya, membantu guru mengangkat beg, memungut buku latihan dan membersihkan kelas. Kerajinan yang kita tunjukkan akan menggembirakan hati guru dan menjadikan kita anak emas kepada guru.

       Pada waktu petang pula, gunakanlah masa terluang kita dengan melakukan aktiviti riadah. Sebagai contoh, bermain bola sepak, berjogging dan berenang. Kesannya, badan kita akan menjadi sihat dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.

       Kesimpulannya, kita perlu memanfaatkan masa terluang kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Janganlah kita melakukan aktiviti yang tidak berfaedah yang menyebabkan kita digelar sampah masyarakat. Setiap orang diberi masa dua puluh empat jam sehari, maka uruskanlah masa dengan baik.

 

 

                                                                                          

Comments